Empat maut, pentas gelanggang laga lembu runtuh - Utusan Malaysia

Empat maut, pentas gelanggang laga lembu runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 30 lagi cedera parah apabila pentas utama di gelanggang laga lembu jantan runtuh ketika acara popular itu berlangsung semalam.

Gabenor Jabatan Tolima, Jose Ricardo Orozco memberitahu, setakat ini, empat orang disahkan maut dengan dua wanita dan seorang lelaki serta kanak-kanak dalam kejadian yang berlaku di pusat bandar El Espinal.

Pentas kayu tiga tingkat yang dipenuhi dengan orang ramai tiba-tiba runtuh menyebabkan puluhan penonton terjatuh.

“Sekurang-kurangnya 30 penonton yang lain mengalami kecederaan parah dan mereka dibawa segera ke hospital bagi mendapatkan rawatan,” kata Orozco.

Dalam pada itu, seorang anggota pihak berkuasa, Luis Fernando Velez memaklumkan, mereka tidak mengetahui berapa ramai mangsa yang masih tertimbus dalam runtuhan tersebut.

Acara itu merupakan sebahagian daripada perayaan yang disambut dalam Festival San Pedro. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN