Ekonomi Sri Lanka sudah 'tidak boleh diselamatkan'

Ekonomi Sri Lanka sudah ‘tidak boleh diselamatkan’

PENDUDUK menunggu giliran mengisi bekalan tong gas bagi kegunaan harian di Colombo. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Selepas beberapa bulan dilanda krisis kekurangan makanan, sumber bahan api dan elektrik, Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe mengaku ekonomi negara yang sarat dengan hutang sudah ‘jatuh’ ke tahap paling teruk.

Beliau memberitahu Parlimen, negara Asia Selatan itu menghadapi ‘situasi yang jauh lebih serius’ dan memberi amaran kemungkinan ekonomi akan ‘jatuh terperosok lebih jauh’.

The Guardian melaporkan Sri Lanka yang terletak di antara laluan perkapalan paling sibuk di dunia menanggung beban hutang yang tinggi, kehilangan hasil pelancongan dan kesan lain daripada wabak Covid-19 serta lonjakan kos bagi komoditi.

Kesannya Sri Lanka bakal menjadi sebuah negara muflis yang hampir tiada sumber kewangan untuk mengimport petrol, susu, gas memasak dan tisu tandas, manakala makanan ruji pula berdepan catuan.

Kenyataan Wickremesinghe bertujuan menekan pengkritik dan penggubal undang-undang dari pihak pembangkang, kononnya beliau telah mewarisi tugas sukar yang tidak boleh diselesaikan segera.

Pakar Ekonomi di Pusat Pembangunan Global Washington, Anit Mukherjee berkata, perdana menteri menetapkan jangkaan yang sangat rendah.

Kenyataan beliau juga memberi isyarat kepada bakal pemberi pinjaman bahawa anda tidak boleh membiarkan negara yang mempunyai kepentingan strategik ini runtuh.

Penggubal undang-undang daripada dua parti pembangkang utama memboikot Parlimen minggu ini, bagi membantah Wickremesinghe yang menjadi Perdana Menteri lebih sebulan kerana gagal menunaikan janji untuk memulihkan ekonomi.

TUNGGAKAN HUTANG

Dalam pada itu, Wickremesinghe berkata, Sri Lanka tidak dapat membeli bahan api import kerana hutang terlampau banyak oleh perbadanan petroleum negara.

Perbadanan Ceylon Petroleum mempunyai tunggakan hutang berjumlah AS$700 juta (RM2.8 bilion).

“Kesannya, tiada mana-mana negara atau organisasi di dunia yang sudi membekalkan minyak kepada negara ini.

“Negara lain malah berat hati hendak membekalkan bahan api kepada kita,” katanya.

Krisis ekonomi menjejaskan kelas pertengahan Sri Lanka yang dianggarkan 15 ke 20 peratus daripada penduduk bandar di negara itu.

Kelas pertengahan mula berkembang dan makin mantap pada 1970an selepas ekonomi dibuka kepada lebih banyak aktiviti perdagangan dan pelaburan.

Namun kini, golongan keluarga kelas pertengahan yang selama ini mempunyai jaminan keselamatan ekonomi terpaksa bergelut untuk menguruskan keperluan makanan tiga kali sehari.

Penyelidik Kanan di Pusat Alternatif Dasar di Colombo, Bhavani Fonsek berkata, golongan tersebut benar-benar tersentak berbanding tiga dekad lalu.

“Jika kelas pertengahan sedang bergelut dengan situasi ekonomi, bayangkan betapa teruknya golongan yang lebih terdedah dengan krisis ekonomi yang makin meruncing.

INFLASI MENINGKAT

Menurut data rasmi, kadar inflasi makanan di negara ini mencecah 57 peratus.

Pegawai kerajaan pula diberi cuti setiap Jumaat selama tiga bulan, bagi menjimatkan penggunaan minyak serta mengambil inisiatif menanam buah-buahan dan sayur-sayuran sendiri.

Situasi itu menyebabkan sebahagian besar rakyat Sri Lanka membuat permohonan mendapatkan pasport kerana ingin mencari pekerjaan baharu di luar negara.

Sri Lanka menghadapi kekurangan rizab pertukaran asing yang paling teruk, dengan kerajaan tidak dapat membiayai import paling penting seperti makanan, bahan api dan ubat-ubatan.

Negara yang mempunyai 22 juta penduduk itu mengalami krisis ekonomi paling teruk sejak tujuh dekad lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.