PRAGUE: Dua orang maut dan lebih 50 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah pusat jagaan pesakit Alzheimer berhampiran Prague di Republik Czech.
Perkara itu dimaklumkan oleh perkhidmatan kecemasan menerusi ciapan di Twitter.
Katanya, kebakaran itu berlaku di pusat jagaan di bandar Roztoky, utara ibu negara Czech.
“Pasukan bomba mengesahkan dua orang meninggal dunia dalam kebakaran itu,” jelasnya.
Menurut agensi itu, dua penghuni pusat jagaan itu dalam keadaan kritikal, dua mengalami cedera parah dan 51 cedera ringan.
Hampir 100 anggota bomba dikerahkan untuk memadam kebakaran dan memindahkan mangsa ke tempat yang selamat. – AFP









