Disangka terdengar bunyi tembakan, peserta perarakan LGBT lari bertempiaran - Utusan Malaysia

Disangka terdengar bunyi tembakan, peserta perarakan LGBT lari bertempiaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Insiden rempuhan berlaku ketika orang ramai menyertai perarakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di New York semalam.

Kekecohan itu berlaku selepas mereka menyangka bunyi bunga api yang dilancarkan adalah bunyi tembakan.

Polis New York dalam Twitter menegaskan tiada bunyi tembakan kedengaran di Washington Square Park.

“Selepas siasatan dilakukan, bunyi yang mereka sangka tembakan itu sebenarnya bunyi bunga api yang dilancarkan.

“Setakat ini, tiada kecederaan serius dilaporkan berlaku akibat rempuhan tersebut,” jelas jabatan polis berkenaan.

Puluhan ribu menghadiri perarakan tersebut bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap keputusan Mahkamah Agung yang memutuskan tiada pengguguran kandungan boleh dilakukan di negara ini tanpa sebab kesihatan yang sewajarnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya