Desakan naik gaji tidak dilayan, pekerja kereta api Britain lancar mogok

Desakan naik gaji tidak dilayan, pekerja kereta api Britain lancar mogok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Lebih 50,000 pekerja syarikat kereta api Britain memulakan mogok besar-besaran semalam sebagai protes terhadap kenaikan kos hidup yang disebabkan peningkatan kadar inflasi.

Rundingan antara kerajaan dengan kesatuan pekerja kereta api, RMT gagal mencapai penyelesaian konkrit, menyaksikan kesemua pekerja akan melancarkan mogok selama tiga hari.

Terdahulu, golongan pekerja tersebut memperjuangkan kenaikan gaji susulan peningkatan kos hidup, namun mendakwa tuntutan mereka tidak ‘didengari dan dilayan’ oleh pihak berkaitan, sambil merujuk kepada kerajaan.

Menteri Pengangkutan Britain, Grant Shapps menegaskan kerajaan akan melakukan apa sahaja bagi memastikan keperluan masyarakat terhadap perkhidmatan tren dan kereta api tidak terganggu akibat mogok tersebut.

“Dianggarkan kira-kira 20 peratus perkhidmatan yang dirancang akan beroperasi dengan menumpukan golongan pekerja utama, pusat populasi terpenting dan laluan kritikal,” katanya di Parlimen.

Mogok itu dijangka menyebabkan gangguan besar terhadap beberapa program yang akan berlangsung, termasuk festival muzik Glastonbury.

Semua sekolah juga diberi amaran bahawa ribuan pelajar sekolah menengah yang mengambil peperiksaan awam bakal terjejas akibat mogok berkenaan.

Mogok itu merupakan yang terbesar melibatkan pertikaian pekerja syarikat kereta api di Britain sejak 1989.

Selain itu, laluan bukan utama kereta api turut dikurangkan perkhidmatan bagi mengelak kesesakan melampau.

Menurut pekerja London Underground menerusi RMT, mogok itu perlu dilancarkan kerana gaji mereka gagal dinaikkan seiring dengan peningkatan kos hidup akibat inflasi yang sudah pun mencecah paras tertinggi dalam tempoh 40 tahun.

GURU, PEGUAM, HOSPITAL

Bukan sahaja UK, negara lain di seluruh dunia juga terkesan akibat kenaikan kadar inflasi susulan peperangan yang berlaku di Ukraine, selain kelonggaran sekatan Covid-19 menyaksikan peningkatan harga makanan dan bahan api.

Pekerja syarikat kereta api di negara ini turut berdepan dengan risiko, terutamanya apabila trafik penumpang belum pulih sepenuhnya selepas sekatan Covid-19 dilonggarkan.

Mogok itu dilancarkan ketika negara ini berdepan dengan satu lagi masalah besar, iaitu banyak syarikat terpaksa membatalkan penerbangan kerana kekurangan tenaga pekerja.

Ribuan pekerja syarikat penerbangan diberhentikan ketika pandemik Covid-19 berlangsung, menyebabkan sektor itu bertungkus-lumus mengambil pekerja baharu bagi menguruskan peningkatan jumlah penumpang semasa musim cuti.

Selain itu, beberapa sektor awam lain juga dijangka mengadakan mogok dengan tujuan sama.

Satu daripadanya adalah Persatuan Peguam Jenayah yang mewakili peguam senior di England dan Wales apabila mereka bersetuju untuk mengadakan mogok bermula minggu depan berhubung pembiayaan bantuan dana.

Golongan guru dan petugas hospital juga merancang untuk melancarkan mogok dalam masa terdekat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya