Dera amah: Indonesia digesa tidak terburu-buru hantar pekerja ke Malaysia

Dera amah: Indonesia digesa tidak terburu-buru hantar pekerja ke Malaysia

KEADAAN Adelina Lisao yang tidak terurus akibat didera oleh majikannya sebelum dia meninggal dunia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Lembaga pembelaan pekerja migran Indonesia, Migrant Care menggesa kerajaan supaya meneliti semula rancangan untuk menghantar semula pekerja di negara ini ke Malaysia.

Gesaan itu disampaikan selepas mahkamah di Malaysia membebaskan seorang majikan yang sebelum ini didakwa menyeksa dan mengabaikan pekerja migran Indonesia, Adelina Lisao sehingga menyebabkannya meninggal dunia pada 11 Februari 2018.

“Dalam konteks pelaksanaan memorandum persefahaman (MoU) pekerja migran Indonesia dan Malaysia, kerajaan negara ini diminta tidak terburu-buru membuka peluang menghantar pekerja ke Malaysia.

“Langkah itu perlu diperhalusi dan diteliti sepenuhnya selagi tiada jaminan keadilan bagi mangsa penderaan, terutamanya melibatkan pekerja migran Indonesia,” kata Pengarah Eksekutif Migrant Care, Wahyu Susilo kepada Kompas.com.

Berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan Malaysia membebaskan warga emas, M.A. Ambika daripada pertuduhan membunuh pembantu rumahnya, Adelina, empat tahun lalu.

Jelas Wahyu, MoU berkaitan pekerja migran Indonesia-Malaysia itu ditandatangani oleh kerajaan kedua-dua negara pada Mac lalu.

Jelasnya, keputusan Mahkamah Persekutuan Malaysia itu secara tidak langsung memberi kesan buruk dan berat sebelah kepada pekerja migran Indonesia yang menerima nasib sama seperti Adelina.

“Keputusan kes tersebut menunjukkan adalah sukar untuk mencari keadilan buat pekerja migran yang ditindas dan didera oleh majikan mereka,” ujarnya.

Turut senada, Ketua Pusat Pengajian Migrant Care, Anis Hidayah menegaskan kesefahaman antara kedua-dua negara mengenai kebajikan pekerja migran sudah dipersetujui, namun masih sukar untuk mendapatkan pembelaan bagi kes Adelina.

Katanya, pembebasan majikan Adelina menjadi contoh buruk dalam proses keadilan di Malaysia melibatkan kes penindasaan dan penderaan melibatkan pekerja migran Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN