Bapa kendong anak berjaya hafaz al-Quran

Bapa kendong anak berjaya hafaz al-Quran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Video yang memaparkan seorang bapa menggendong anaknya selepas khatam kitab suci al-Quran menjadi tular dalam media sosial.

Video itu dikongsi Achmad Khoirudin menerusi aplikasi TikTok dan mendapat pelbagai reaksi yang kebanyakannya terharu dengan layanan si bapa terhadap anaknya.

“Video itu dirakam pada 17 Jun lalu selepas seorang remaja lelaki yang dikenali sebagai Yasin berjaya menghafaz al-Quran selepas mengikuti program tahfiz di sekolahnya.

“Selepas berjaya menamatkan program itu, bapa remaja itu berasa sangat bangga dengan pencapaian anaknya sehingga dia menggendong anaknya sambil berteriak mengucapkan syukur,” katanya seperti yang dilapor Tribunnews.

Dalam pada itu, pengguna media sosial yang lain turut terharu dengan aksi dua beranak tersebut.

Seorang daripadanya menulis ‘tiada apa yang lebih menggembirakan ibu dan ayah selain melihat kejayaan anak mereka’.

Seorang lagi pengguna TikTok pula menulis ‘bukan senang untuk menghafaz al-Quran dan sudah tentu bapanya bangga dengan pencapaian anaknya.

“Semoga Yasin terus membanggakan ibu dan ayah, selain menjadi anak yang soleh,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya