Anak Gabenor Jawa Barat sah meninggal dunia, tahlil dan solat jenazah ghaib diadakan - Utusan Malaysia

Anak Gabenor Jawa Barat sah meninggal dunia, tahlil dan solat jenazah ghaib diadakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDUNG: Keluarga Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil mengadakan majlis tahlil untuk anak lelakinya, Emmeril Kahn Mumtadz atau dikenali sebagai Eril yang disahkan meninggal dunia akibat lemas di Sungai Aare, Switzerland.

Majlis yang diadakan di kediaman rasmi Ridwan di Bandung itu akan dimulakan dengan solat jenazah ghaib dan diikuti bacaan tahlil.

Berdasarkan tinjaun CNN Indonesia, kawasan rumah Ridwan sudah mula dikunjungi orang ramai yang ingin mengucapkan takziah kepada gabenor itu dan keluarganya atas kehilangan anak mereka.

Sejumlah kalungan dan jambangan bunga juga dilihat disusun di perkarangan kediaman tersebut.

Ridwan bersama isteri dan anak perempuannya berangkat ke Bern, Switzerland baru-baru ini bagi mengikuti operasi mencari dan menyelamat Eril yang dilaporkan hilang pada 26 Mei lalu ketika berenang di sungai berkenaan bersama rakan-rakannya.

Selepas lebih seminggu operasi dilakukan, Ridwan dan keluarganya reda jika Eril sudah meninggal dunia, malah pihak berkuasa tempatan juga menukar status pencarian dari individu hilang kepada individu lemas.

Ridwan sebelum ini menyatakan dia reda dengan apa yang berlaku dan sudah tiba masanya dia dan keluarga ‘melepaskan pemergian Eril’.

“Kami yakin Eril sudah tiada. Damailah Eril di sana. Papa dan mama sentiasa mendoakan kesejahteraan Eril,” ucapnya.

Eril meninggal dunia pada usia 22 tahun.

Dia dilahirkan pada 25 Jun 1999 di New York.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya