fbpx

20 orang ditemukan mati di kelab malam di Afrika Selatan

JOHANNESBURG: Sekurang-kurangnya 20 orang ditemukan mati di sebuah kelab malam di bandar East London, hari ini.

Jurucakap polis, Tembinkosi Kinana memaklumkan, laporan dibuat oleh orang awam berhubung kejadian yang berlaku di Scenery Park, kira-kira 3.1 kilometer dari pusat bandar.

“Polis masih menyiasat bagaimana mereka meninggal dunia.

“Masih terlalu awal untuk membuat andaian mengenai kematian semua mangsa yang dianggarkan berusia antara 18 dan 20 tahun,” katanya.

Siaran televisyen tempatan menunjukkan pasukan polis cuba mengawal orang ramai yang mula memenuhi lokasi kejadian.

Jurucakap pihak berkuasa tempatan, Unathi Binqose berkata, insiden itu tidak berkaitan dengan rempuhan.

“Kami tidak mengesan kecederaan atau luka pada badan mangsa,” ujarnya.

Media tempatan melaporkan, kesemua mayat ditemukan di atas meja, kerusi dan lantai tanpa kesan kecederaan jelas. – AFP

 

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!