KYIV: Kira-kira 10,000 orang awam dilaporkan terkandas di bandar Severodonetsk, timur Ukraine, lokasi pertempuran sengit dengan Russia yang berlarutan selama beberapa minggu.
Perkara itu diumumkan oleh Gabenor wilayah Lugansk, Sergiy Gaiday menerusi telegram.
“Kira-kira 10,000 orang daripada jumlah 100,000 penduduk masih berada di Severodonetsk,” katanya.
Beliau berkata, tentera Ukraine ketika ini sedaya upaya cuba menahan serangan dari pasukan Russia di bandar tersebut.
“Selama empat bulan, Russia bermimpi untuk menawan bandar Severodonetsk malah tidak kisah mengenai keadaan penduduk di kawasan ini,” katanya.
Gaiday berkata, tentera Russia kehilangan ratusan anggotanya dan terus bertindak memusnahkan Severodonetsk. – AFP