Zelensky beri pingat kepada anjing pengesan periuk api - Utusan Malaysia

Zelensky beri pingat kepada anjing pengesan periuk api

ZELENSKY dan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau memberi pingat kepada Patron dan pemiliknya, Myhailo Iliev. - PEJABAT PRESIDEN UKRAINE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menyampaikan pingat kepada anjing pengesan periuk api terkenal di negara itu, Patron.

Pingat itu diberikan bagi mengiktiraf perkhidmatan Patron sejak insiden pencerobohan Russia di Ukraine.

Lapor Al Jazeera, anjing jenis Jack Russell Terrier menerima pingat tersebut selepas berjaya mengesan lebih 200 bahan letupan sejak operasi ketenteraan Russia di Ukraine pada 24 Februari lalu.

Zelensky menyampaikan pingat itu dalam satu sidang akhbar bersama Perdana Menteri, Kanada Justin Trudeau di Kyiv.

“Saya ingin menganugerahkan wira-wira Ukraine yang sudah banyak berjasa kepada negara.

“Ia termasuk wira kita, Patron yang bukan sahaja membantu mengesan bahan letupan tetapi mengajar anak-anak kita keselamatan diperlukan di kawasan ancaman periuk api,” katanya.

Pada majlis itu, Zelensky turut menyampaikan pingat kepada jurulatih Patron iaitu Myhailo Iliev yang berkhidmat dalam Pasukan Perkhidmatan Pertahanan Awam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya