Wanita serba putih ketuk pintu rumah penduduk sampai tengah malam

Wanita serba putih ketuk pintu rumah penduduk sampai tengah malam

NURHAYATI meminta maaf kerana menyebabkan penduduk ketakutan disebabkan berpakaian serba putih.-MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAMPUNG: Misteri wanita berpakaian serba putih yang mengetuk pintu rumah penduduk dan meminta sumbangan sehingga tengah malam akhirnya terbongkar selepas suspek ditahan pihak polis.  

Lapor Tribunnews, pelaku dikenali sebagai Nurhayati Sarni yang berasal dari Pringsewu, Lampung turut memakai purdah berwarna putih dan berkacamata hitam.

Gelagat wanita berusia 40 tahun yang mengetuk pintu setiap rumah penduduk menjadi kecoh dalam media sosial.  

Ketua Polis Pringsewu, Rio Cahyowidi berkata, suspek yang dipercayai mengalami masalah jiwa berjaya diberkas oleh pihak polis.

Kataya, wanita yang sudah bercerai itu ditahan ketika berada di wilayah Sukoharjo. 

“Kami sudah berkomunikasi dengan wanita itu dan meminta pihak keluarga juga dapat mengambil tindakan sepatutnya. 

“Motifnya adalah meminta bantuan penduduk di Gading Rejo dan Sukoharjo kerana tekanan akibat berhutang sehingga puluhan juta rupiah menerusi beberapa aplikasi pinjaman dalam talian,” katanya. 

Menurut Rio, kegiatan meminta sumbangan itu bertujuan melangsaikan hutang daripada 11 aplikasi pinjaman yang mencecah 39 juta rupiah (RM11,700).  

Disebabkan tidak mempunyai pekerjaan, wanita itu sanggup mengunjungi rumah penduduk untuk meminta sumbangan.

“Dia tidak melakukan jenayah, sebaliknya hanya menakutkan penduduk disebabkan berpakaian serba putih. 

“Wanita itu juga sudah memohon maaf dan kita sudah serahkan dia kepada ahli keluarganya,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya