Tujuh tentera india maut kemalangan

Tujuh tentera india maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SRINAGAR: Seramai tujuh tentera India terbunuh dan 19 yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya di wilayah terpencil Ladakh.

Kawasan tersebut terletak berdekatan dengan sempadan negara yang menjadi pertikaian antara India dengan China.

Pegawai Kanan Polis di Ladakh berkata, kejadian berlaku apabila kenderaan yang membawa tentera untuk ditempatkan berhampiran sempadan terbabas dari jalan raya dan terjunam 15 meter ke dalam Sungai Shyok.

“Tujuh askar terbunuh dan 19 cedera di kawasan terpencil Nubra,” katanya.

Perdana Menteri India, Narendra Modi turut menyatakan kesedihan dengan insiden yang menyebabkan kehilangan anggota tentera yang berani.

“Takziah kepada ahli keluarga mangsa dan saya berharap mereka yang cedera pulih secepat mungkin,” katanya dalam Twitter.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya