Terkena renjatan 11,000 voltan, lelaki 'mati beberapa minit'

Terkena renjatan 11,000 voltan, lelaki ‘mati beberapa minit’

KEADAAN terkini Darren Harris selepas terselamat daripada terkena renjatan arus elektrik di Wolverhampton.-MIRROR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Seorang lelaki menceritakan pengalaman dirinya bagai mati hidup semula selepas terkena renjatan 11,000 voltan elektrik, dua tahun lalu.  

Lapor Mirror, Darren Harris, 29, bekerja dengan mengumpul sekerap logam dari keluli terbiar di Wolverhampton dan terjumpa papan suis dan elektrik, November 2020. 

Harris yang menyangka arus elektrik sudah dipadamkan di sebuah bangunan yang akan dirobohkan meletakkan tangannya pada besi tembaga dan tiba-tiba dia ‘melambung’ di dalam bilik itu akibat tekanan kuat voltan elektrik. 

Lelaki yang berasal dari Manchester itu tidak sedarkan diri selama beberapa minit sebelum dihantar ke hospital. 

“Saya masih ingat dibaringkan atas lantai dan rasa seperti hidup semula selepas tersedar, selain melihat seluruh tubuh saya terbakar.

“Saya seperti ‘bola api manusia’ ketika itu dan lengan saya hancur sepenuhnya sampai dapat lihat ke bahagian tulang. Saya berdiri di tepi jalan selama beberapa minit sebelum ambulans tiba,” katanya. 

Mangsa melecur pada tahap ketiga dengan 47 peratus keceluran di bahagian badan sehingga menampakkan tulang di kedua-dua lengannya.  

Harris dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth di Birmingham dan diletakkan dalam keadaan koma akibat kegagalan beberapa organ berfungsi. 

Pakar melakukan 23 pembedahan termasuk cantuman kulit dan pembedahan menggunakan kulit tiruan. 

Pakar bedah memberitahu mereka tidak pernah melihat insiden seperti ini sepanjang kerjaya mereka selama 30 tahun. 

Selepas 18 bulan berlalu, doktor menganggap kes tersebut sebagai satu keajaiban dalam bidang perubatan selepas lelaki itu berjaya diselamatkan.   

Bagaimanapun, akibat insiden itu, Harris hilang keupayaan untuk menggerakkan kedua-dua tangan sehingga menyebabkan dia tidak dapat bekerja. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya