Tentera Russia pertama didakwa atas jenayah perang di Ukraine

Tentera Russia pertama didakwa atas jenayah perang di Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Seorang tentera Russia dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan membunuh seorang lelaki tidak bersenjata ketika menaiki basikal.

Lapor The Guardian, kes tersebut merupakan permulaan perbicaraan jenayah perang pertama di Ukraine sejak Presiden Russia, Vladimir Putin menceroboh negara itu.

Tertuduh, Vadim Shysimarin merupakan seorang komander bahagian kereta kebal Kantemirovskaya, tiba di mahkamah daerah di Kyiv bagi menjalani sesi perbicaraan itu.

Lelaki itu memakai baju sukan berwarna biru dan kelabu serta tangannya bergari.

Tentera Russia berusia 21 tahun itu didakwa membunuh seorang lelaki berusia 62 tahun ketika berperang di wilayah Sumy, timur laut Ukraine.

Tertuduh didakwa membunuh orang awam di kampung Chupakhivka, 28 Februari lalu.

Peguam Shysimarin berkata, anak guamnya mengaku membunuh mangsa, namun belum memutuskan sama ada untuk membuat pengakuan bersalah.

Kes perbicaraan tersebut akan bersambung 18 Mei depan.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya