Tentera Russia mara ke Severodonetsk - Utusan Malaysia

Tentera Russia mara ke Severodonetsk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Tentera Russia sedang menghampiri pusat bandar Severodonetsk di timur Ukraine walaupun berdepan serangan yang sengit.

Perkara itu dimaklumkan oleh Gabenor wilayah Lugansk, Sergiy Gaiday menerusi satu kenyataan yang disiarkan dalam media sosial.

“Pasukan Russia sedang mara ke pusat bandar Severodonetsk. Pertempuran berterusan dan situasinya amat kritikal,” katanya.

Selepas gagal menawan ibu negara Kyiv pada peringkat awal perang, Russia mengalihkan tumpuannya ke wilayah timur Donbas dan cuba menguasai beberapa kawasan di bawah kawalannya.

“Hampir semua infrastruktur penting di Severosonetsk musnah dan 60 peratus bangunan kediaman penduduk pula rosak sehingga tidak dapat dipulihkan,” katanya.

Tambah beliau, tiga doktor di kawasan itu dilaporkan hilang selepas kenderaan mereka ditemukan rosak teruk serta dua sukarelawan menjadi sasaran ketika memandu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.