Singapura tidak gentar hadapi jangkitan cacar monyet

Singapura tidak gentar hadapi jangkitan cacar monyet

cacar monyet
GEJALA cacar monyet termasuk ruam pada bahagian kulit yang boleh merebak ke seluruh badan.– WHO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Virus cacar monyet kemungkinan besar tidak akan menjadi pandemik seperti Covid-19, menurut Kementerian Kesihatan Singapura.

Namun, menterinya, Ong Ye Kung berkata, republik ini tidak seharusnya terkejut jika virus itu dikesan di republik ini pada minggu akan datang.

Menerusi satu hantaran facebook, Ye Kung menegaskan penularan wabak itu sukar dibendung dan Singapura turut tidak terkecuali.

“Dalam minggu terdekat, kita tidak perlu terkejut jika cacar monyet ini dikesan di Singapura kerana masyarakat kita mengunjungi pelbagai tempat, malah republik ini menjadi hab komersial antarabangsa.

“Sehubungan itu, pihak berkuasa kesihatan Singapura sudah memperkenalkan beberapa protokol serta langkah kesihatan awam yang diperlukan bagi mengawal penularan,” katanya.

Selain itu, ye Kung memberi jaminan kepada orang ramai bahawa cacar monyet ini tidak mungkin menjadi pandemik Covid-19.

“Cacar monyet berjangkit menerusi kontak fizikal dan bukannya melalui udara seperti koronavirus.

“Orang ramai juga dinasihati untuk bertemu dengan doktor segera jika mempunyai gejala termasuk ruam bagi menerima rawatan segera,”ujarnya.

Sementara itu, Ye Kung turut mengingatkan supaya orang ramai sentiasa menjaga kebersihan pada tahap tinggi, termasuk mencuci tangan dengan sabun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya