Selongkar tong sampah cari bukti pelanggan tipu

Selongkar tong sampah cari bukti pelanggan tipu

tong sampah
PEMILIK EborCibus Pizza di York, Connor Calland. - KENNEDY NEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pemilik restoran piza di York terpaksa menyelongkar tong sampah seorang pelanggan bagi membuktikan individu itu sudah menerima makanan yang dipesan.

Lapor Daily Mail, pemilik EborCibus Pizza, Connor Calland berkata, dia menerima panggilan daripada syarikat penghantaran makanan, Deliveroo yang memaklumkan seorang pelanggan tidak mendapat makanan yang dipesan.

Menurut Calland, pelanggan itu mendakwa belum menerima makanan berharga 23.49 pound (RM129.93) yang dipesan sejak dua hari lalu, dan meminta wangnya dipulangkan semula.

Selepas menyemak dengan pekerjanya, Calland mendapat tahu makanan yang dipesan iaitu piza, ayam dan kentang goreng sudah dihantar ke rumah pelanggan itu.

Berang dengan situasi itu, Calland membuat keputusan untuk menyiasat perkara tersebut sendiri.

“Calland mengunjungi alamat pelanggannya dan menyelongkar tong sampah mereka.

“Dia menemukan beberapa bekas pembungkus yang mempunyai sisa sos kentang goreng daripada restorannya.

“Pemilik restoran itu kemudian mengetuk pintu pelanggannya, namun jiran memaklumkan mereka tiada di rumah,” jelas laporan itu.

Calland kemudian menghantar mesej kepada pelanggannya bagi menuntut permohonan maaf dan penjelasan mengenai penipuan tersebut.

Menurut Calland, dia menerima permohonan maaf daripada pelanggan itu menerusi emel dan berkongsikan kejadian itu dalam Facebook.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya