Saudi Aramco ketepi Apple jadi syarikat paling bernilai di dunia

Saudi Aramco ketepi Apple jadi syarikat paling bernilai di dunia

PEMANDANGAN sekitar Saudi Aramco di Abqaiq, Arab Saudi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: Saudi Aramco semalam mengetepikan Apple untuk menjadi syarikat paling bernilai di dunia ketika lonjakan harga minyak mendorong kenaikan harga saham dan menyaksikan kemerosotan saham teknologi.

Syarikat petroleum dan gas asli Arab Saudi itu ditakrifkan sebagai syarikat pengeluar minyak terbesar dunia dan bernilai AS$2.42 trilion (RM10.6 trilion) berdasarkan harga sahamnya sebelum pasaran ditutup sebelum ini.

Dalam pada itu, Apple menyaksikan penurunan harga sahamnya sepanjang bulan lalu dan bernilai AS$2.37 trilion (RM10.4 trilion).

Harga saham syarikat itu tetap merosot biarpun Apple merekodkan keuntungan yang lebih baik daripada jangkaan dalam tempoh tiga bulan pertama ini.

Namun, Apple memberi amaran bahawa penutupan China akibat Covid-19 dan masalah rantaian bekalan yang  berterusan akan menjejaskan hasil keuntungan suku bulan depan sebanyak AS$4 hingga AS$8 bilion (RM17.5 hingga RM35 bilion).

Saudi Aramco baru-baru ini melaporkan lonjakan keuntungan bersih sebanyak 124 peratus bagi tahun lalu iaitu beberapa jam selepas kumpulan pemberontak Yemen menyerang pusat kemudahannya sehingga menyebabkan ‘gangguan pengeluaran’.

Ketika ekonomi dunia mula pulih daripada pandemik Covid-19, ‘pendapatan bersih’ Saudi Aramco meningkat sebanyak 124 peratus kepada AS$110 bilion (RM483 bilion) pada tahun lalu berbanding AS$49 bilion (RM215 bilion) pada 2020,” menurut syarikat tersebut.

Arab Saudi sebelum ini berdepan tekanan untuk meningkatkan pengeluaran bekalan selepas Russia menyerang Ukraine dan sekatan besar-besaran terhadap Moscow menjejaskan pasaran tenaga global.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Saudi Aramco, Amin Nasser berkata, prospek syarikat masih tidak menentu disebabkan oleh ‘faktor geopolitik’.

“Kami terus membuat kemajuan dalam meningkatkan kapasiti pengeluaran minyak mentah kami bagi memenuhi bekalan.

“Keadaan ekonomi juga sudah semakin baik dan dijangka pengeluaran turut positif, “katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya