Russia larang kemasukan PM Jepun, pegawai kanan - Utusan Malaysia

Russia larang kemasukan PM Jepun, pegawai kanan

PERDANA Menteri Jepun, Fumio Kishida. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia mengenakan sekatan ke atas beberapa pegawai kanan Jepun termasuk Perdana Menteri, Fumio Kishida daripada memasuki negara itu.

Larangan kemasukan itu dibuat selepas Tokyo menyertai negara-negara lain dalam mengenakan sekatan terhadap Moscow susulan operasi ketenteraannya di Ukraine.

“Pentadbiran Fumio Kishida melancarkan kempen anti-Russia yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Mereka membenarkan `retorik yang tidak boleh diterima’ terhadap Russia termasuk fitnah dan ancaman.

“Ia turut dilakukan oleh tokoh awam, pakar, wakil media Jepun yang terlibat sepenuhnya dengan sikap Barat terhadap Moscow,” jelas Kementerian Luar Russia dalam satu kenyataan.

Russia turut menuduh Tokyo ‘mengambil langkah praktikal bertujuan menggugat hubungan baik antara negara jiran, menjejaskan ekonomi Russia dan martabat antarabangsa negara.

Menurut kementerian itu, pihaknya mengenakan larangan kemasukan itu terhadap 63 pegawai Jepun termasuk Fumio Kishida, menteri Kabinet, ahli Parlimen, wartawan dan profesor. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya