Russia benarkan rakyat lebih 40 tahun sertai tentera - Utusan Malaysia

Russia benarkan rakyat lebih 40 tahun sertai tentera

PENDUDUK tempatan membantu pasukan forensik polis Ukraine membawa mayat yang dipercayai tentera Russia di luar perkampungan Mala Rogan, berhampiran Kharkiv. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia sedang mempertimbangkan rang undang-undang yang membenarkan penduduk berusia 40 tahun ke atas dan warga asing berusia lebih 30 tahun menyertai tentera negara itu.

Usaha itu menunjukkan keperluan mendesak Moscow untuk meningkatkan keupayaan tempur di Ukraine.

Berdasarkan laman sesawang Duma, Dewan Rakyat memaklumkan  langkah itu membolehkan tentera mengguna pakai kepakaran golongan profesional yang lebih berusia.

“Bagi penggunaan dan pengendalian senjata berketepatan tinggi serta peralatan ketenteraan lain, golongan pakar amat diperlukan. 

“Berdasarkan pengalaman, mereka mampu menjadi seperti itu pada usia 40 hingga 45 tahun,” katanya.

Dilaporkan, ketika ini, rakyat Russia berusia 18 hingga 40 tahun dan warga asing berusia antara 18 hingga 30 tahun dibenarkan menyertai tentera.

Russia berdepan tentangan hebat selain kehilangan ramai tentera serta peralatannya dalam peperangan yang memasuki hari ke-86.

Walaupun sudah mengambil alih sepenuhnya bandar Mariupol, Russia masih jauh daripada matlamat untuk menawan semua wilayah Donbass di timur Ukraine. 

“Jelas sekali bahawa Russia menghadapi masalah. Ini adalah cubaan baharu untuk menangani masalah kekurangan anggota tentera tanpa risau mengenai penduduk mereka sendiri.

“Bagaimanapun, ia sudah pasti sukar bagi Kremlin menyembunyikan kegagalan mereka di Ukraine,” kata bekas Komander tentera Amerika Syarikat (AS) di Eropah, Jeneral Ben Hodges. – REUTERS   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya