Ramai perantau belum pulang dari kampung halaman

Ramai perantau belum pulang dari kampung halaman

KESESAKANN luar biasa di kawasan bandar dijangka berlaku pada minggu ini memandangkan masih ramai perantau belum pulang dari kampung halaman. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kementerian Perhubungan Indonesia memaklumkan kira-kira 60 peratus perantau belum pulang ke beberapa bandar utama termasuk Jakarta, Bogor, Depok, Tangerang dan Bekasi (Jabodetabek) kelmarin.

Menterinya, Budi Karya Sumadi berkata, kemuncak perjalanan pulang selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri mula meningkat sejak Khamis lalu, namun hanya melibatkan 40 peratus kenderaan.

“Berdasarkan data yang diperoleh, kira-kira 60 perantau belum pulang dari kampung halaman masing-masing.

“Sehubungan itu, kementerian bimbang jika berlakunya kesesakan luar biasa pada minggu ini,” katanya kepada CNN Indonesia.

Bagi mengelak kesesakan trafik yang tidak terkawal, kerajaan membenarkan pelajar sekolah untuk belajar secara dalam talian sehingga 12 Mei ini.

Selain itu, pengusaha juga diminta memberikan cuti tambahan kepada petugas masing-masing bagi membolehkan mereka merancang perjalanan pulang yang lebih lancar dan tidak terperangkap dalam kesesakan.

Dalam pada itu, Budi memaklumkan kementeriannya sebelum ini sudah mencadangkan supaya perantau pulang semula ke bandar selepas 8 Mei bagi mengawal kesesakan.

Sebanyak 815,000 kenderaan pulang ke Jabodetabek kelmarin dan secara keseluruhannya, terdapat dua juta kenderaan meninggalkan kawasan ini pada 22 April hingga 2 Mei lalu.

Namun, 60 peratus atau 1.2 juta kenderaan masih belum kembali ke Jabodetabek sehingga kelmarin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya