Rakyat Australia keluar mengundi hari ini - Utusan Malaysia

Rakyat Australia keluar mengundi hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CANBERRA: Berjuta-juta rakyat dilaporkan keluar mengundi hari ini pada pilihan raya pertama negara itu sejak tahun 2019.

Pilihan raya kali ini menyaksikan Perdana Menteri, Scott Morrison menentang ahli politik paling lama berkhidmat negara itu, Ketua parti Buruh, Anthony Albanese.

Memetik laporan BBC, tekanan kos sara hidup dan perubahan iklim menjadi dua isu utama bagi pengundi untuk memilih pemimpin pilihan mereka.

Morrison yang mengetuai gabungan Parti Liberal-Parti Nasional, merupakan pemimpin pertama yang melengkapkan tempoh perkhidmatan sebagai perdana menteri sejak John Howard.

Morrison juga pernah memenangi empat pilihan raya sebelum kalah kepada Kevin Rudd dari parti Buruh pada 2007.

Parti Gabungan atau parti Buruh harus memenangi sekurang-kurangnya 76 daripada 151 kerusi di dewan rakyat untuk membentuk kerajaan majoriti.

Australia mewajibkan semua rakyatnya yang berumur 18 tahun ke atas untuk keluar mengundi.

Kira-kira 17 juta penduduk dijangka menunaikan tanggungjawab mengundi dalam pilihan raya kali ini.

Sementara itu, beberapa kaji selidik menunjukkan parti Buruh akan menang dengan majoriti kecil dalam pilihan raya kali ini.

Bagaimanapun, kaji selidik itu tidak tepat pada pilihan raya yang lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya