Rakyat, ahli politik Indonesia bangga Indomie ditemukan di lokasi perang Ukraine - Utusan Malaysia

Rakyat, ahli politik Indonesia bangga Indomie ditemukan di lokasi perang Ukraine

TANGKAP layar video yang menunjukkan penemuan mi segera Indomie di satu daripada lokasi perang Russia-Ukraine di Luhansk. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Peperangan antara Rusia dan Ukraine mendapat tentangan daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan Indonesia.

Namun, penemuan mi segera yang didakwa jenama terkenal dari negara ini di satu daripada lokasi perang di Troitskoe di wilayah Luhansk oleh tentera Russia mendapat perhatian rakyat dan ahli politik Indonesia.

Berdasarkan video yang dirakam oleh agensi berita Russia, RIA Novosti kelmarin, terdapat sejumlah bungkusan makanan yang dalam keadaan baik ditemukan dalam sebuah gudang besar.

Kebanyakan makanan itu berasal dari luar negara dan tidak dijual di Ukraine.

Antaranya termasuk kerepek kentang keluaran Amerika Syarikat (AS), teh, mi segera dan gula dari negara lain.

Satu daripada jenama mi segera yang ditemukan adalah Indomie yang berasal dari Indonesia.

Rakaman itu menunjukkan empat bungkus Indomie yang masih belum dibuka, malah masih boleh dimakan memandangkan tarikh luputnya pada 5 Ogos 2022.

Dalam pada itu, tentera Russia memaklumkan gudang tersebut sudah dikosongkan dan tentera Ukraine didakwa melarikan diri ke tempat lain.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Teuku Faizasyah memaklumkan, penemuan Indomie di lokasi perang itu secara tidak langsung menunjukkan penggemar Indomie datang dari pelbagai negara di seluruh dunia.

“Walaupun mi segera itu ditemukan di lokasi perang, tapi rakyat Indonesia masih berbangga kerana makanan jenama tempatan turut menjadi pilihan komuniti antarabangsa.

“Itu jelas menunjukkan peminat Indomie berada di seluruh dunia,” katanya seperti yang dilapor CNN Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya