Raja Salman dibenarkan keluar hospital - Utusan Malaysia

Raja Salman dibenarkan keluar hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud dibenarkan keluar dari Hospital Pakar Raja Faisal di Jeddah, semalam.

Raja Salman dibenarkan keluar wad selepas seminggu dimasukkan ke hospital untuk menjalani beberapa pemeriksaan kesihatan termasuk kolonoskopi.

Satu rakaman video yang disiarkan oleh Saudi Press Agency (SPA) menunjukkan Raja Salman meninggalkan hospital itu bersama beberapa pegawai termasuk Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman sebelum beredar menaiki kereta.

SPA menerusi Twitter memaklumkan Raja Salman keluar dari hospital selepas menjalani pemeriksaan perubatan dan melengkapkan pelan rawatan serta tempoh pemulihan.

Kerajaan selama bertahun-tahun berusaha menangani spekulasi mengenai kesihatan Raja Salman yang memerintah negara pengeksport utama minyak dunia ini sejak 2015.

Minggu lalu, media kerajaan melaporkan keputusan kolonoskopi dijalani Raja Salman adalah ‘baik’ dan doktor `menasihatkan supaya baginda berehat di hospital.’

Pada 2017, Arab Saudi membidas laporan dan spekulasi bahawa Raja Salman merancang turun takhta dan memilih anak lelakinya, Putera Mohammed, sebagai pemerintah de facto negara itu.

Raja Salman menjalani pembedahan membuang pundi hempedu pada tahun 2020. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya