Raja dadah Colombia diekstradisi ke AS - Utusan Malaysia

Raja dadah Colombia diekstradisi ke AS

OTONIEL diiringi sekumpulan tentera dan polis ketika dibawa ke lapangan terbang untuk diekstradisi ke AS. - ANADOLU AGENCY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Penyeludup dadah paling dikehendaki di Colombia, Otoniel diekstradisi ke Amerika Syarikat (AS) untuk menghadapi tuduhan pengedaran dadah. 

Presiden Ivan Duque memaklumkan perkara itu menerusi Twitter sambil menyifatkan Otoniel sebagai `pengedar dadah paling berbahaya di dunia’.

Memetik laporan Daily Mail, Otoniel atau nama sebenarnya, Dairo Antonio Usuga David mengetuai kumpulan penyeludup dadah terbesar Colombia yang dikenali sebagai Gulf Clan. 

Otoniel ditahan pada 2021 berhampiran sempadan dengan Panama dalam satu operasi ketenteraan melibatkan 500 anggota tentera dan 22 helikopter.

“Saya ingin memaklumkan bahawa Dairo Antonio Usuga atau Otoniel sudah diekstradisi ke AS,” kata Duque.

Otoniel merupakan individu paling dikehendaki di Colombia sehingga dia ditahan pada Oktober tahun lalu di barat laut negara itu selepas operasi ketenteraan dilaksanakan secara besar-besaran.

Sementara itu, konvoi lima kenderaan polis membawa Otoniel dari penjara di Bogota ke sebuah lapangan terbang tentera.

Setelah sampai di lapangan terbang itu, Otoniel diserahkan kepada pegawai Pentadbiran Penguatkuasaan Dadah AS.   

Beberapa gambar tular dalam media sosial menunjukkan Otoniel yang digari sedang duduk di dalam pesawat bersama polis Colombia dan seorang pegawai Interpol.

Penahanan Otoniel merupakan tamparan hebat kepada sindiket pengedaran dadah negara itu sejak pembunuhan raja penyeludupan dadah Colombia, Pablo Escobar.   

Otoniel pernah didakwa di AS pada 2009 yang mana negara itu menawarkan ganjaran AS$5 juta (RM21.74 juta) kepada mana-mana pemberi maklumat untuk menahannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN