Puteri Aiko tak dapat warisi takhta maharaja Jepun

Puteri Aiko tak dapat warisi takhta maharaja Jepun

PUTERI TOSHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Anak tunggal kepada Maharaja Naruhito dan Permaisuri Masako, Puteri Toshi, 20, dikatakan kerabat diraja yang hidup paling kesepian. 

Walaupun kehidupan wanita itu kelihatan sempurna dengan kasih sayang daripada ibu dan bapanya serta dilimpahi kekayaan, namun dia pernah mengalami zaman kanak-kanak yang sukar kerapa kerap dibuli di sekolah. 

Wanita yang turut dikenali sebagai Puteri Aiko itu tinggal di Istana Empayar di Tokyo tanpa rakan sebaya dan belum berkahiwn. 

Siapa sangka dia kini berada dalam dilema kerana peraturan empayar yang sangat ketat. 

Secara teknikalnya, Puteri Aiko sepatutnya mewarisi takhta bapanya. 

Bagaimanapun, perkara itu tidak mungkin berlaku di Empayar Jepun kerana pemerintahan takhta Maharaja hanya akan diturunkan kepada anak-anak lelaki. 

Nasib Puteri Aiko mungkin akan berakhir seperti sepupunya, Puteri Mako jika memilih rakyat biasa sebagai teman hidup. 

Tarafnya sebagai golongan bangsawan sejak lahir akan terbatal dan dia juga tidak berhak mewarisi kekayaan keluarga. 

Lebih malang, tiada lagi lelaki berketurunan bangsawan seusia Puteri Aiko di Jepun. 

Sekiranya dia dilucutkan daripada keturunannya, ini bermakna dia akan membujang sepanjang hayatnya. 

Menurut undang-undang keluarga empayar 1947, tiada ahli keluarga wanita boleh menjadi raja. 

Pada masa ini, hanya terdapat 17 ahli keluarga diraja yang masih hidup dan empat daripadanya adalah lelaki. 

Dua pewaris takhta itu adalah Putera Mahkota Fumihito, 56, dan anak lelakinya, Putera Hisahito, 15. 

Terdapat kebimbangan jika sesuatu berlaku kepada salah seorang kerabat diraja, krisis penggantian akan berlaku di negara beraja tertua di dunia itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.