Puluhan ribu kubur mangsa kempen dadah Duterte bakal dikosongkan

Puluhan ribu kubur mangsa kempen dadah Duterte bakal dikosongkan

SEORANG kanak-kanak lelaki memberi minum kepada adiknya di depan kubur bertingkat di tanah perkuburan Kabihasnan, Manila.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Puluhan ribu mangsa yang terkorban dalam kempen perangi dadah di bawah pentadbiran bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte bakal kehilangan ‘tempat persemadian’ kerana ahli keluarga tidak mampu membayar kos di tapak pengebumian kekal. 

Selain berdepan kos yang mencecah 77,000 peso (RM6,471) untuk urusan pengebumian kekal, kesemua kubur mangsa akan dikosongkan apabila tempoh pajakan tanah selama lima tahun berakhir, lapor The Guardian

Selepas pajakan tamat, ahli keluarga bertanggungjawab mencari tempat alternatif lain untuk menguburkan mangsa.

Difahamkan, mangsa sering dikebumikan di kawasan ‘kubur bertingkat’ yang kosnya jauh lebih berpatutan daripada tapak kekal atau mayat terpaksa dibakar. 

Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang menyiasat penyalahgunaan berkaitan operasi antidadah menganggarkan antara 12,000 ke 30,000 orang terbunuh dalam kempen tersebut, dari Julai 2016 hingga Mac 2019. 

Paderi Katolik dan Pengasas Pusat St. Arnold Janssen Kalinga, Flaviano Villanueva berkata, pihak tanah perkuburan tidak akan memberitahu ahli keluarga waris tentang tamat tempoh di kawasan kubur bertingkat itu. 

Sebaliknya, kubur boleh dibersihkan dan dikosongkan pada bila-bila masa tanpa sebarang amaran awal diberikan. 

“Jika anda pergi pada masa yang betul, anda akan dapat melihat timbunan tulang diletakkan, dikumpulkan dan dikebumikan di kubur biasa,” katanya. 

Badan amal yang diusahakan itu akan membantu ahli keluarga yang terjejas serta tidak mampu membayar kos pengebumian kekal. 

Situasi itu dialami oleh Sarah Celiz yang hanya mampu membayar 10,000 peso (RM840) untuk dua lot ‘kubur bertingkat’ sementara menggunakan kotak konkrit yang ditimbun setinggi lapan tingkat di tanah perkuburan awam di Caloocan, Manila. 

Dua anak lelakinya, Almon, 32 dan Dicklie, 31 dibunuh semasa Duterte mengenakan tindakan keras tanpa belas kasihan terhadap golongan lelaki muda yang tinggal di kawasan bandar yang miskin kerana terlibat dadah, 2017. 

Kedua-dua mayat anaknya itu sudah dibakar dan ditempatkan di dalam bekas abu di gereja atas bantuan badan amal Katolik. 

Celiz kini terpaksa menanggung beban menjaga 12 cucu yang ditinggalkan anaknya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya