PM Thailand saran rakyat bawa kereta ketika perlu sahaja

PM Thailand saran rakyat bawa kereta ketika perlu sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Disebabkan harga minyak meningkat setiap hari, rakyat Thailand disaran supaya menggunakan kenderaan bagi tujuan ‘perjalanan penting’ sahaja. 

Lapor Thaiger, Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha berkata, beliau berusaha memastikan harga minyak berada di paras terendah bagi membantu orang ramai berdepan dengan cabaran ekonomi. 

Katanya, orang ramai dilihat lebih banyak menggunakan kenderaan bagi menghantar anak mereka ke sekolah selepas sesi pembelajaran bersemuka dibenarkan. 

Kenaikan harga bahan api global merupakan satu lagi cabaran terhadap industri pelancongan Thailand. 

Harga tiket penerbangan bagi perjalanan domestik juga dilaporkan meningkat secara berterusan. 

Sebelum ini, pihak kerajaan menggalakkan penduduk tempatan melancong lebih kerap bagi membantu industri pelancongan. 

Namun, kini, kerajaan pula meminta rakyat mengehadkan perjalanan mereka. 

Setakat 26 Mei lalu, harga minyak Gasohol adalah 43.5 baht (RM5.58) seliter, Benzene 95, 50.9 baht (RM6.53) dan Diesel 32 baht (RM4.10) bagi seliter.  

Sementara itu, Pejabat Dana Bahan Api merancang untuk meminjam 20 bilion baht (RM2.5 bilion) dari Bank Simpanan Kerajan dan Bank Krungthai bagi menambah subsidi harga minyak negara kerana penduduk semakin terjejas akibat kenaikan harga minyak.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya