PM baharu Sri Lanka sukar bentuk kerajaan baharu

PM baharu Sri Lanka sukar bentuk kerajaan baharu

RANIL WICKREMESINGHE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COLOMBO: Perdana Menteri baharu Sri Lanka berdepan kesukaran untuk membentuk kerajaan perpaduan dan menghalang krisis ekonomi daripada terus merudum selepas seorang pemimpin kanan pembangkang enggan menerajui kementerian kewangan.

Ranil Wickremesinghe mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baharu Sri Lanka kelmarin bagi membawa keluar negara ini daripada kemelut yang berlaku.

Pemimpin berusia 73 tahun itu yakin beliau memperoleh sokongan penuh untuk membentuk kerajaan baharu dan sudah merujuk beberapa sekutu bagi tujuan tersebut.

Namun, ahli politik pembangkang, Harsha de Silva secara terbuka menolak tugas menguruskan sistem kewangan negara ini, malah beliau mahu mendesak peletakan kerajaan.

“Rakyat tidak minta terlibat dalam permainan politik dan apa-apa perjanjian, sebaliknya mereka mahukan sistem baharu yang menjamin kesejahteraan mereka pada masa akan datang,” kata de Silva dalam kenyataan.

Beberapa siri tunjuk perasaan ganas yang berlaku sejak beberapa minggu lalu menyaksikan Mahinda Rajapaksa meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Namun, adiknya, Presiden Gotabaya Rajapaksa enggan tunduk kepada desakan rakyat supaya berundur dan berikrar untuk melakukan sebaik mungkin bagi membantu Sri Lanka.

Dalam pada itu, bank pusat Sri Lanka memberi amaran bahawa ekonomi negara ini hanya tunggu masa untuk ‘hancur sepenuhnya’ melainkan kerajaan baharu dibentuk segera.

Kebimbangan itu juga disuarakan oleh Wickremesinghe yang menyatakan situasi di negara ini boleh menjadi lebih teruk dalam beberapa bulan akan datang.

Sehubungan itu, beliau meminta bantuan antarabangsa bagi memulihkan Sri Lanka.

“Kami mahu menjadi seperti dulu, rakyat boleh menikmati makan tiga kali sehari tanpa perlu risau tentang bekalan mereka,” ujarnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya