Pilpres 2024: Jokowi bakal jadi ‘king maker’

Pilpres 2024: Jokowi bakal jadi ‘king maker’

JOKO WIDODO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Joko Widodo (Jokowi) diramalkan menjadi penentu atau ‘king maker‘ dalam Pilihan Raya Presiden 2024 (Pilpres).

Pandangan itu dilontarkan oleh Pengarah Eksekutif Poltracking Indonesia, Hanta Yuda yang menyifatkan Jokowi mempunyai pengaruh politik yang kuat dan kedudukannya setara dengan ketua umum pati politik seperti Megawati Soakarnoputri.

“Jokowi memainkan peranan penting dan strategik dalam menentukan nama calon presiden negara ini.

“Sehubungan itu, beliau berpotensi menjadi king maker dalam Pilpres 2024,” katanya seperti yang dilapor CNN Indonesia.

Jelas Hanta, kekuatan dan pengaruh politik Jokowi diramal akan terus kukuh sehingga 2024 dan satu daripada faktornya adalah kerana beliau menjawat jawatan Presiden Indonesia.

Selain itu, Hanta menyatakan Jokowi mempunyai sokongan kuat daripada pelbagai pihak termasuk kumpulan sukarelawan, sekali gus boleh dijadikan sebagai modal utama beliau bagi menentukan perjalanan Pilpres 2024.

“Satu-satunya individu yang bukan ketua umum parti politik yang boleh menjadi king maker adalah Jokowi,” ujarnya.

Beliau memberitahu, kumpulan sukarelawan akan terus setia dan patuh terhadap calon timbalan presiden yang dipilih Jokowi.

Katanya, kumpulan itu berperanan menyeimbangkan sokongan terhadap Jokowi biarpun tidak sekuat parti politik utama.

Terdahulu, Jokowi digambarkan bakal menyokong Ganjar Pranowo untuk bertanding dalam Pilpres 2024.

Perkara itu disampaikan Jokowi ketika berucap dalam  majlis pidato pada minggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya