Peningkatan inflasi masalah paling serius buat dunia - Utusan Malaysia

Peningkatan inflasi masalah paling serius buat dunia

Inflasi produk makanan terus meningkat. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Inflasi bakal menjadi masalah paling serius kepada dunia sekiranya pendekatan berkesan tidak diambil segera.

Perkara itu disampaikan oleh Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam wawancara bersama Nikkei Asia pada Jumaat lalu.

Hsien Loong mengakui kadar inflasi dunia ketika ini adalah tinggi dan pendekatan drastik perlu dilakukan bagi mengawal situasi.

“Sangat sukar untuk mengawal inflasi dan setiap tindakan yang dilakukan dilihat lebih menjurus kepada kemelesetan ekonomi.

“Situasi seperti ini berlaku berulang kali sejak 60-an, 70-an, 80-an dan 90-an. Maka, itu adalah risiko yang perlu kita jangka dan anda perlu berdepan dengan situasi sukar ini.

“Hal ini kerana, jika kita hanya duduk diam dan perhati apa yang akan berlaku, inflasi akan menjadi masalah paling serius kepada dunia,” katanya.

Kadar inflasi di beberapa negara meningkat mendadak sejak beberapa tahun lalu akibat aktiviti ekonomi dan gangguan rantaian bekalan.

Sebagai contoh di United Kingdom (UK), data kerajaan menunjukkan harga barangan meningkat pada kadar paling pantas dalam tempoh 40 tahun dengan inflasi tahunan melonjak sembilan peratus pada April lalu, bertambah dari tujuh peratus pada Mac.

Harga barangan asas di Jepun juga meningkat mendadak dalam tempoh tujuh tahun pada bulan lalu, manakala kadar inflasi di republik ini meningkat kepada paras tertinggi sejak 10 tahun lalu iaitu 2.9 peratus berikutan harga makanan dan perkhidmatan lebih tinggi.

Selain itu, Hsien Loong mengakui kadar pemulihan ekonomi global dari Covid-19 lebih cepat berbanding yang dijangka, hasil daripada pelan rangsangan yang dilakukan.

Namun, keadaan itu masih tidak cukup untuk mengawal peningkatan kadar inflasi dunia.

Dalam perkembangan berkaitan, Hsien Loong memaklumkan Singapura bercadang untuk menyertai Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) yang diketuai Amerika Syarikat (AS).

Rangka kerja itu bertujuan menetapkan piawaian serantau untuk kerjasama, termasuk negara anggota ASEAN.

Biarpun butiran rangka kerja itu belum didedahkan, Hsien Loong komited untuk menyertainya.

Sementara itu, pemimpin tersebut keseimbangan ekonomi perlu dikekalkan biarpun banyak negara Asia bergantung terhadap perdagangan dengan China.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya