Pengarah teknologi maklumat di pejabat kementerian terjun bangunan

Pengarah teknologi maklumat di pejabat kementerian terjun bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang saintis berusia 55 tahun yang bekerja dengan Kementerian Teknologi dan Maklumat maut selepas terjun dari tingkat tujuh bangunan di Shastri Bhawan.

Mangsa, Rakesh Malik ditemukan di depan pintu nombor dua di bangunan yang menempatkan beberapa pejabat kementerian, lapor NDTV.

Rakesh merupakan Pengarah Teknologi Maklumat di Pusat Maklumat Negara.

Timbalan Pesuruhjaya Polis New Delhi, Amrutha Guguloth berkata, sepasukan anggota polis dan ambulans bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan insiden tersebut pada pukul 3.06 petang.

Jelasnya, pihaknya juga sudah mengenal pasti identiti mangsa dan siasatan lanjut masih dijalankan.

“Kita tidak menemukan sebarang nota bunuh diri dan ahli keluarganya juga tidak membuat sebarang dakwaan,” katanya.

Difahamkan, mangsa yang tinggal di Peeragarhi di barat Delhi, mempunyai seorang isteri dan dua anak perempuan.

Shastri Bhawan merupakan bangunan kerajaan yang dinamakan sempena nama Perdana Menteri India kedua, Lal Bahadur Shastri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya