Penduduk Yahudi berarak sambil maki umat Islam Palestin

Penduduk Yahudi berarak sambil maki umat Islam Palestin

PENDUDUK Yahudi yang membawa bendera Israel berkumpul di hadapan Tembok Barat di kota lama Baitulmuqaddis. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Puluhan ribu penduduk Yahudi yang mengibarkan bendera Israel dan melaungkan slogan `kematian orang Arab’, dilaporkan berarak melalui kawasan majoriti penduduk Islam Palestin di Kota Lama Baitulmuqaddis.

Perarakan itu dilihat mampu mencetuskan semula ketegangan antara orang Yahudi dan rakyat Palestin.

Perarakan tahunan itu meraikan penawanan Israel terhadap Baitulmuqaddis dalam perang Asia Barat 1967.

Namun, perarakan itu semakin dilihat sebagai kuasa bagi nasionalis Yahudi untuk terus meluaskan pengaruh mereka di Baitulmuqaddis yang terang-terangan mempunyai ramai rakyat Palestin.   

Tanpa perasaan malu, penganut Yahudi berarak sambil menyanyi dan menari ketika melalui jalan yang sempit manakala yang lain cuba mencetuskan konfrontasi.

Sekumpulan penduduk Yahudi menjerit kata-kata kesat di hadapan Pintu Damsyik, pintu masuk utama ke kawasan kejiranan Islam di Kota Lama.

Menurut polis, seramai 2,600 orang Yahudi turut mengunjungi kawasan Al-Aqsa dan beribadat di tapak suci itu sebelum perarakan bermula, sekali gus melanggar peraturan yang tidak membenarkan orang Yahudi beribadat di sana.

Bagi menghalang lawatan itu, penduduk Palestin membaling batu dan menembak bunga api sebelum ditolak oleh polis Zionis yang bertindak balas dengan bom tangan.

Sementara itu, pendakwah Masjid Al-Aqsa, Syeikh Ikrima Sabri mengecam kelakuan penganut Yahudi berkenaan. 

“Apa yang terjadi di masjid Al-Aqsa tidak pernah berlaku sejak 1967,” katanya.

Selain itu, pergerakan Hamas juga mengutuk perarakan besar-besaran yang tular dalam laman media sosial. 

“Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua dasar melulu ini dan kesannya,” kata pegawai kanan Hamas, Bassem Naim. – REUTERS   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya