Pemandu bas penat punca nahas ragut 21 nyawa

Pemandu bas penat punca nahas ragut 21 nyawa

LOKASI kemalangan melibatkan bas pelancongan di Jalan Tol Surabaya-Mojokerto, Jawa Timur.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TIMUR: Insiden kemalangan bas yang meragut 21 nyawa dalam dua kejadian berbeza dipercayai akibat pemandu bas terlalu letih dan kepenatan. 

Lapor Kompas.com, Penganalisis Pengangkutan Awam, Azas Tigor Nainggolan berkata, faktor itu berlaku disebabkan pemandu bas menghadapi perjalanan panjang sejak musim balik kampung sempena Hari Raya Aidilfitri. 

Jelasnya, permintaan daripada pengguna bas juga makin bertambah sejak cuti umum sempena Hari Wesak, Isnin lalu. 

“Mereka menerima banyak permintaan dan mengharungi perjalanan dalam tempoh dua minggu berturut-turut sehingga menyebabkan keletihan dan kepenatan.

“Kemalangan di Tol Surabaya berlaku disebabkan laluan perjalanan yang panjang dan boleh menyebabkan pemandu bas berasa bosan dan mengantuk. Namun, apabila keadaan jalan lancar ia mengundang pemandu untuk membawa lebih laju,” katanya.  

Ahad lalu, seramai tujuh penumpang maut selepas bas yang dinaiki terlibat kemalangan di Jalan Raya Klari-Cikampek, Kampung Tamelang, Karawang, Jawa Barat. 

Kemalangan berlaku disebabkan kenderaan tersebut menukar laluan bertentangan sebelum melanggar beberapa motosikal. 

Kelmarin, seramai 14 penumpang maut selepas bas yang dinaiki melanggar tiang di tepi Jalan Tol Surabaya-Mojokerto, Jawa Timur. 

Menurut Azas, seseorang pemandu yang berasa mengantuk dalam 30 saat sahaja sudah boleh membahayakan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya lain. 

Bagi mengelakkan insiden serupa berlaku, Azas meminta pihak pengendali jalan tol agar meletakkan lebih banyak tanda amaran kepada pemandu supaya beristirehat ketika melakukan perjalanan yang panjang. 

“Mungkin boleh dibuat seperti ada mesej suara yang memberi peringatan supaya berhenti rehat ketika membuat pembayaran di kaunter tol,” katanya. 

Dalam pada itu, Azas berkata, pihak pengendlai pengangkutan awam perlu melakukan pemeriksaan terhadap pemandu dan kenderaan dengan lebih teliti. 

“Jangan sesekali menerima tempahan sekiranya tidak mampu menyediakan pemandu yang bersedia melakukan perjalanan jauh,” katanya.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya