NATO: Sweden dakwa terima jaminan AS - Utusan Malaysia

NATO: Sweden dakwa terima jaminan AS

MENTERI Luar Sweden, Ann Linde bertemu dengan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken di pejabat Jabatan Negara, Washington. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Sweden mendakwa Amerika Syarikat (AS) memberi jaminan untuk menyokong negara itu sepanjang tempoh proses menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Luar Sweden, Ann Linde selepas mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken.

“Saya tidak akan mengulas dengan lebih lanjut tetapi mahu menyatakan bahawa kami kini mempunyai jaminan AS.

“Bagaimanapun, ia bukan jaminan keselamatan konkrit kerana ia hanya boleh diperolehi sekiranya menjadi anggota penuh NATO,” katanya.

Linda enggan menyatakan bentuk jaminan yang diterima daripada Blinken.

“Ini memberi mesej jelas kepada Russia bahawa sekiranya mereka melancarkan sebarang aktiviti bahaya terhadap Sweden seperti diancam sebelum ini, maka sudah tentu AS tidak akan membiarkannya berlaku tanpa tindak balas,” katanya.

Sebelum ini, Finland dan Sweden bersetuju mengemukakan permohonan menjadi anggota NATO pada pertengahan Mei.      

Kedua-dua negara mengambil pendirian berkecuali ketika Perang Dingin dan mencapai perjanjian perkongsian dengan NATO pada tahun 1995.

Sokongan menyertai NATO meningkat di kedua-dua negara selepas Russia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine.

Bulan lalu, Menteri Pertahanan Sweden memaklumkan langkah negara itu menyertai NATO boleh mencetuskan beberapa tindak balas dari Russia termasuk serangan siber di Stockholm.

Moscow memberi amaran akan menggunakan senjata nuklear dan peluru berpandu hipersonik di kawasan Eropah Kaliningrad sekiranya Sweden dan Finland menjadi anggota NATO. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya