Musim kemarau tiba, Jokowi bimbang kebakaran hutan, tanah

Musim kemarau tiba, Jokowi bimbang kebakaran hutan, tanah

JOKO Widodo menzahirkan kebimbangkan jika berlaku kebakaran hutan dan tanah ketika musim kemarau. - ANTARAFOTO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kemuncak musim kemarau di Indonesia dijangka berlaku pada Ogos ini.

Sehubungan itu, Presiden Joko Widodo (Widodo) mengingatkan semua pihak supaya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan berlakunya kebakaran hutan yang boleh mencetuskan masalah jerebu.

“Hati-hati ketika musim kemarau ini. Jangan biarkan kebakaran hutan dan tanah gambut berlaku,” katanya ketika mempengerusikan sidang Kabinet di Istana negara, di sini kelmarin.

Lapor CNN Indonesia, Badan Meteorologi, Iklim dan Geofizik (BMKG) sebelum ini turut mengeluarkan peringatan mengenai risiko kebakaran hutan di wilayah Nusa Tenggara Timur (NTT) yang kini sudah memasuki musim kemarau.

“Risiko kebakaran hutan dan tanah mengancam sebahagian besar wilayah NTT dengan kategori mudah dan sangat mudah terbakar kerana keadaan sekarang sudah memasuki musim kemarau.

“Ketika ini, sudah muncul sejumlah titik panas yang boleh menyebabkan kebakaran hutan berlaku pada bila-bila masa,” kata Ketua Stesen Meteorologi El Tari Kupang, Agung Sudiono Abadi.

BMKG turut meramalkan musim kemarau tahun ini akan memuncak pada Ogos ini, iaitu lebih lambat berbanding kebiasaannya.

Dalam pada itu, Ketua BMKG, Dwikorita Karnawati memaklumkan, secara keseluruhannya, Indonesia memiliki 342 zon musim dan dijangka tidak mengalami musim kemarau secara serentak.

Sebanyak 29.8 peratus wilayah akan dilanda kemarau pada bulan ini iaitu NTT, Bali dan sebahagian Jawa.

Seterusnya, 22.8 peratus wilayah lagi akan dilanda kemarau pada Mei meliputi sebahagian Bali, Jawa, Sumatera, Kalimantan, Maluku dan Papua.

Kemudian, 23.7 peratus wilayah dilanda kemarau pada Jun sehingga Oktober.

“Kami simpulkan bahawa musim kemarau tahun ini bermula lebih lambat jika dibandingkan sebelum ini dengan tahapnya dijangka sama seperti musim kemarau terdahulu,” ujar Dwikorita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya