DAVAO: Sembilan orang cedera apabila lima bom meletup di luar pusat mengundi di selatan Filipina, beberapa jam sebelum sesi pengundian bermula.
Insiden itu berlaku pada petang semalam di majlis perbandaran Datu Unsay di Mindanao.
Beberapa minit kemudian, satu letupan bom berlaku di majlis perbandaran Sharif Aguak, namun tiada kematian direkodkan.
Menurut polis, kebanyakan mangsa merupakan pengundi yang dalam perjalanan ke pusat undian.
Puluhan ribu rakyat Filipina yang berusia 18 tahun ke atas dan layak mengundi menunaikan tanggungjawab mereka hari ini untuk memilih presiden baharu bagi menggantikan Rodrigo Duterte. – AFP