Lelaki mati ketika tanam mayat kekasih di belakang rumah - Utusan Malaysia

Lelaki mati ketika tanam mayat kekasih di belakang rumah

JOSEPH MCKINNON dituduh membunuh kekasihnya di sebuah rumah di Trenton.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFRONIA: Seorang lelaki terkena serangan jantung semasa menggali kubur di belakang rumahnya di Trenton, South Carolina untuk menanam mayat teman wanitanya yang dibunuh.

Pejabat Sheriff Edgefield County berkata, tertuduh, Joseph McKinnon, 60, didakwa membunuh Patricia Ruth Dent, 65, lapor Metro. 

Pihaknya menerima panggilan daripada jiran mangsa yang terlihat seorang lelaki terbaring dan tidak sedarkan diri di halaman rumah. 

Jiran tersebut turut mengadu terlihat suspek menggali lubang di halaman rumah sehari sebelum kejadian. 

Pihak berkuasa kemdudian menghubungi pasukan perubatan selepas mendapati McKinnon terbaring di halaman tersebut.  

Semasa siasatan dijalankan, pihaknya terjumpa mayat kedua yang dibungkus dengan plastik sampah di dalam lubang yang baru digali.

“Penyiasat mendapati mayat yang ditanam itu adalah kekasihnya. Pihak berkuasa yakin suspek menyerang wanita itu di dalam rumahnya dan hasil laporan bedah siasat mendapati mangsa maut akibat dicekik.

“Lelaki itu kemudian mengikat dan membungkus mangsa dalam beg sampah sebelum mencampaknya ke dalam lubang yang digali,” kata Sheriff, Jody Rowland. 

Menurut Rowland, hasil bedah siasat mendapati McKinnon terkena serangan jantung ketika mengambus tanah untuk menutup lubang yang digalinya. 

Katanya, suspek hampir selesai melakukan kerja tersebut sebelum meletakkan penyodok dan rebah ketika berjalan. 

Sebelum itu, Dent dilaporkan hilang dari tempat kerjanya di padang golf Mount Vintage semasa hari mangsa meninggal dunia. 

Panggilan telefon dan kiriman mesej dari rakan sekerja juga tidak berjawab. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya