Lelaki keliling Indonesia 22 tahun cari ubat sawan anak

Lelaki keliling Indonesia 22 tahun cari ubat sawan anak

MASRANI hanya mengayuh basikal untuk mengelilingi Indonesia bagi mencari ubat untuk anaknya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANJARMASIN: Seorang lelaki sanggup menghabiskan masa selama 22 tahun mengelilingi Indonesia bagi mencari ubat untuk merawat penyakit anaknya dan pada masa sama, membaiki jalan berlubang di pelbagai daerah.

Lapor Tribunnews, lelaki itu dikenali sebagai Masrani yang berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan.

Menjelang hujung bulan ini, Masrani ditemukan di Mahir Mahar Kota Palangkaraya di Kalimantan Tengah.

Ketika ditemukan, lelaki itu sibuk membaiki jalan berlubang sambil disaksikan oleh anak perempuannya yang menghidap penyakit sawan.

Anak perempuannya itu setia menemani Masrani ke mana sahaja dia pergi, manakala seorang lagi anaknya tinggal bersama isterinya.

Masrani memberitahu, dia mengelilingi Indonesia menggunakan basikal yang selama ini sudah membawa dia menjejaki 14 wilayah.

Kata Masrani, dia mahu mencari penawar yang paling berkesan untuk merawat penyakit sawan anaknya dan sepanjang perjalanan, jika menjumpai jalan berlubang, dia akan berhenti dan membaikinya.

“Saya beranggapan lebih baik baiki jalan berlubang itu daripada membiarkan kemalangan berlaku. saya berharap saya peroleh pahala dan saya juga tidak meminta sebarang bayaran untuk kerja ini.

“Niat saya cuma satu, iaitu mencari penawar untuk mengubati penyakit sawan anak saya,” katanya.

Masrani turut menceritakan, ramai pihak menganggapnya bodoh dan gila kerana menghabiskan masa sehingga sanggup keliling Indonesia.

Namun, dia enggan mengendahkan tanggapan itu dan terus melakukan apa yang diingininya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya