Korea Utara akhirnya dijangkiti Covid-19, kes pertama libatkan Omicron

Korea Utara akhirnya dijangkiti Covid-19, kes pertama libatkan Omicron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara mengesahkan kes pertama jangkitan Covid-19 melibatkan varian Omicron yang dikesan di Pyongyang hari ini.

Lapor Reuters, pihak kerajaan memerintahkan perintah berkurung serta merta dan kecemasan di peringkat negara.

Pengakuan awam pertama jangkitan virus itu menunjukkan potensi krisis besar di sebuah negara yang menolak bantuan antarabangsa dengan vaksinasi dan menutup pintu sempadan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tiada kes Covid-19 dan rekod rasmi dilaporkan bagi mana-mana warga Korea Utara yang divaksin.

Agensi berita rasmi KCNA melaporkan, kes kecemasan paling serius berlaku di negara ini selepas dua tahun tiga bulan negara berusaha mencegah jangkitan wabak itu.

Sampel diambil 8 Mei lalu melibatkan penduduk Pyongyang yang mengalami demam dengan subvarian virus Omicron yang dikenali sebagai BA.2.

Laporan itu bagaimanapun tidak memberikan butiran mengenai nombor kes atau kemungkinan sumber jangkitan.

Laporan itu disiarkan selepas Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un mengetuai mesyuarat Parti Pekerja hari ini bagi membincangkan tindak balas terhadap wabak itu.

Jong Un mengarahkan semua bandar dan daerah menjalani perintah berkurung bagi mencegah penyebaran Covid-19 dan bekalan perubatan rizab kecemasan akan digerakkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.