Ketua Biskop Milan utus surat sempena Aidilfitri

Ketua Biskop Milan utus surat sempena Aidilfitri

ORANG ramai berjalan di luar pekarangan Grand Mosquee de Paris semasa bulan Ramadan. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Ketua Biskop Milan menulis surat kepada komuniti Islam di bandar itu sempena sambutan Aidilfitri yang disambut di negara ini, hari ini.   

Surat itu dituju khas kepada 50,000 orang Islam yang tinggal dan bekerja di Milan. 

Mauro Delpini berkata, semua penganut tanpa mengira agama mesti ‘memperteguhkan harapan mereka terhadap keamanan dan perpaduan yang boleh ditawarkan oleh agama kepada dunia’.

Jelasnya, objektif itu mesti dicapai ketika benua Eropah dilanda situasi ‘kecemasan baharu’ susulan perang di Ukraine. 

“Orang Kristian dan Islam di Milan serta di seluruh dunia menjalani tempoh ini dengan berdoa. 

“Ini akan membolehkan kita semua memulihkan tenaga rohani bersama yang diperlukan bagi memulakan sebenar kehidupan selepas pandemik Covid-19,” katanya. 

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada masyarakat Islam atas penglibatan mereka dalam memberikan bantuan kepada golonagn yang memerlukan di bandar ini, terutamanya semasa Ramadan. 

Surat tersebut turut diterjemahkan dalam bahasa Arab dan akan disampaikan secara simbolik kepada pemimpin Islam dan pusat kebudayaan oleh paderi Katolik semasa sambutan Aidilfitri.

Solat Sunat Aidilfitri akan diadakan di Pusat Kebudayaan Islam di bandar Saronno serta di beberapa kawasan taman dan pusat sukan di wilayah Lombardy. 

Di Palermo, dijangka 20,000 umat Islam akan menunaikan solat sunat tersebut di kawasan terbuka di Foro Italico. 

Solat akan dipimpin oleh Imam Masjid Piazza Gran Cancelliere, Mustafa Boulaalam. 

Sebelum 1998, masjid tersebut adalah gereja sebelum dihadiahkan kepada komuniti Islam. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN