Kedutaan Britain hina Pancasila Indonesia, kibar bendera LGBT

Kedutaan Britain hina Pancasila Indonesia, kibar bendera LGBT

BENDERA LGBT yang dipasang bersebelahan bendera Union Jack di pejabat Kedutaan Britain di Indonesia.-INSTAGRAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pertubuhan bukan kerajaan, Muhammadiyah kesal dengan sikap Kedutaan Besar Britain di Indonesia yang memuat naik gambar foto bendera pelangi dalam Instagram kerana merupakan simbol golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).  

Ketua Pimpinan Pusat Muhammadiyah, Anwar Abbas berkata, tindakan itu jelas menunjukkan pihak kedutaan tidak menghormati Indonesia. 

“Indonesia merupakan negara dengan falsafah Pancasila yang sangat menghormati nilai-nilai agama. 

“Tiada satu pun daripada enam agama di negara ini yang mengiktiraf LGBT. Apatah lagi, Islam yang merupakan agama majoriti penduduk di negara ini,” katanya lapor CNN Indonesia. 

Menurut Anwar, LGBT bukan tentang hak asasi manusia tetapi ia adalah perilaku yang menyimpang dan boleh diubati dan dicegah. 

“Adalah mustahil lelaki berkahwin dengan lelaki atau perempuan kahwin dengan perempuan dan boleh melahirkan anak. 

“Apabila mereka melakukan perkahwinan sejenis, maka 150 tahun akan datang, tidak akan ada seorang anak manusia di muka bumi ini,” katanya. 

Susulan itu, rakyat Indonesia mula membanjiri komen akaun pihak kedutaan tersebut dalam Instagram. 

Seorang pengguna berkata, bendera tersebut tidak seharusnya dikibarkan di Indonesia dan meminta pihak kedutaan menghormati prinsip negara ini. 

“Ini bukan negara barat. Ini adalah Indonesia yang memiliki nilai agama seperti terkandung dalam dasar negara,” tulisnya. 

Kontroversi tersebut menyebabkan pihak Kedutaan Britain menurunkan bendera LGBT yang dipasang sejak 17 Mei lalu di sebelah bendera Union Jack. 

Difahamkan, bendera LGBT sudah digantikan dengan bendera Ukraine berwarna biru dan kuning. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.