Jurugambar kelahiran Malaysia menang Hadiah Pulitzer - Utusan Malaysia

Jurugambar kelahiran Malaysia menang Hadiah Pulitzer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Jurugambar Los Angeles Times (LA Times) dari Kuala Lumpur, Marcus Yam, menang Hadiah Pulitzer bagi kategori gambar berita terkini.

Gambar bidikan Marcus mengenai kejatuhan kerajaan Kabul, Afghanistan kepada Taliban yang menunjukkan tragedi menyayat hati meskipun dia sedang dikasari seorang pemberontak, diancam beberapa pejuang lain dan beberapa kekangan teknikal lain dalam menghantar gambar dari medan perang.

Marcus berkongsi anugerah itu bersama empat jurugambar lain dari Getty Images, yang dipuji kerana ‘gambar yang komprehensif dan amat menarik mengenai serangan Kapitol AS pada 6 Januari 2021’.

Menurut editornya, Marcus memiliki ‘keterbukaan minda yang hampir radikal’ untuk membidik suasana yang menggambarkan suasana huru-hara ketika penamatan pendudukan AS selama 20 tahun di Afghanistan.

Pemilik dan pengerusi eksekutif The Times, Dr Patrick Soon-Shiong, menceritakan semula kepada kakitangannya mengenai pengalaman menakutkan ketika mengikuti Marcus membuat liputan tahun lalu.

“Apa yang kamu (Marcus) lakukan menerusi fotografi dan gambar, adalah amat penting untuk dunia. Perkataan genosid perlu digunakan. Gambar anda menggambarkannya, dan ia amat penting,” katanya dalam satu sidang video.

Marcus, 38, yang berasal dari Kuala Lumpur, menjadi jurugambar selepas meninggalkan kerjaya asalnya sebagai jurutera aeroangkasa dan menyertai syarikat itu pada 2014.

Beliau pernah mendapat pengiktirafan sebelum ini menerusi anugerah kebangsaan kerana gambarnya yang mendokumenkan kesengsaraan harian dialami penduduk yang terpaksa berdepan pertempuran genting di Semenanjung Gaza.

Beliau juga adalah sebahagian daripada dua pasukan berita terkini yang menang Hadiah Pulitzer, pertama untuk The Times bagi liputan serangan pengganas San Bernardino pada 2015; dan satu lagi bagi liputan tanah runtuh di Oso, Wash pada 2014 bersama Seattle Times.

Beliau turut menerima Anugerah Emmy bagi kategori berita dan dokumentari, Anugerah Foto Media Dunia, Anugerah Dart bagi Liputan Trauma, Anugerah Kewartawan Visual Scripps Howard.

Selain itu, Anugerah Gambar Tahunan bagi Anugerah Jurugambar Akhbar Tahunan Antarabangsa, Anugerah Sigma Delta Chi Persatuan Wartawan Profesional, Anugerah Tajuk Utama Nasional dan Anugerah Alfred I duPont-Columbia University. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya