Indonesia rampas kapal tangki bawa minyak sawit - Utusan Malaysia

Indonesia rampas kapal tangki bawa minyak sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Tentera Laut Indonesia merampas sebuah kapal tangki yang membawa minyak kelapa sawit, keluar dari negara itu berikutan melanggar larangan eksport.

Minggu lalu, Indonesia yang merupakan pengeluar minyak kelapa sawit terbesar dunia, melarang eksport bahan itu untuk mengekang kekurangan dan kenaikan harga domestik.

Jurucakap Tentera Laut, Agung Prasetiawan berkata, sebuah kapal perang Indonesia memintas MV Mathu Bhum pada Rabu lalu ketika menuju ke Malaysia.

“Kapal itu membawa 34 kontena mengandungi olein kelapa sawit yang ditapis, diluntir dan dinyahbau (RBD).
“Ini adalah jenis bahan yang dilarang sementara untuk dieksport,” katanya dalam kenyataan.

Indonesia mengeluarkan kira-kira 60 peratus minyak sawit dunia yang digunakan dalam pelbagai produk termasuk kosmetik.

Satu pertiga daripada pengeluarannya digunakan dalam negara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya