Hidupan purba mungkin masih hidup dalam garam kristal 830 juta tahun

Hidupan purba mungkin masih hidup dalam garam kristal 830 juta tahun

IMEJ teras halit berlapis daripada Formasi Browne yang berusia 830 juta tahun.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Ahli Geologi merancang untuk memecahkan garam kristal berusia 830 juta tahun, yang dipercayai mengandungi mikroorganisma purba yang berkemungkinan masih hidup. 

Penyelidik dari Persatuan Geologi Amerika Syarikat (AS) mengumumkan penemuan sisa-sisa kecil kehidupan prokariotik dan alga di dalam kristal halit purba awal bulan ini. 

Organisma itu ditemukan dalam gelembung mikroskopik cecair dalam kristal yang boleh berfungsi sebagai mikrohabitat untuk koloni kecil untuk berkembang maju.

Pengarang Kajian, Kathy Benison dari Universiti West Virginia berkata, penyelidik ingin memecahkan kristal itu bagi mengetahui sama ada kehidupan purba ini benar-benar masih hidup atau sebaliknya. 

Walaupun idea membawa kembali bentuk kehidupan berusia 830 juta tahun ke dunia moden seperti kedengaran idea yang tidak masuk akal, penyelidik menjelaskan akan melakukan dengan sangat berhati-hati. 

“Ia kelihatan seperti filem B yang sangat buruk, tetapi banyak kerja terperinci yang dilakukan selama bertahun-tahun untuk memikirkan cara melakukannya dengan paling selamat,” katanya. 

Penyelidik menggunakan pilihan teknik pengimejan bagi mengkaji kemasukan cecair dalam ketulan halit tersebut, di tengah Australia. 

Penemuan itu menunjukkan mikroorganisma boleh kekal terpelihara dengan baik dalam halit selama ratusan juta tahun. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya