Finland tidak mahu berlengah sertai NATO

Finland tidak mahu berlengah sertai NATO

SANNA MARIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HELSINKI: Finland tidak mahu berlengah dalam menyatakan hasrat menyertai perikatan Perjanjian Pertubuhan Atlantik Utara (NATO). 

Sweden juga dijangka menyusul dengan tindakan serupa. 

Perkembangan itu sekali gus memberi gambaran pencerobohan Russia terhadap Ukraine akan membawa perkembangan perikatan tentera Barat yang bertujuan menghalang kemaraan Presiden Russia, Vladimir Putin. 

Keputusan kedua-dua negara yang mahu meninggalkan dasar berkecuali sejak Perang Dingin akan menjadi perubahan terbesar dalam geopolitik Eropah sejak beberapa dekad lalu. 

Situasi tersebut malah akan meningkatkan risiko krisis tenaga di Eropah. 

Presiden Finland, Sauli Niinisto dan Perdana Menteri negara itu, Sanna Marin menerusi kenyataan bersama memaklumkan sebagai sekutu NATO, Finland akan memperkukuhkan pertahanan di seluruh negara perikatan itu. 

Sebuah jawatankuasa khas akan mengumumkan keputusan rasmi Finland mengenai bidaan keahlian, Ahad ini. 

Sementara itu, Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata, tindakan Finland merupakan ancaman kepada Russia dan perluasan NATO yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) tidak akan menjadikan Eropah atau dunia lebih stabil. 

Jelasnya, Moscow berkemungkinan terpaksa mengambil langkah timbal balik serta teknikal ketenteraan bagi menangani sebarang ancaman. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.