England dan Perancis sambut Aidilfitri esok

England dan Perancis sambut Aidilfitri esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sambutan Hari Raya Aidilfitri bakal disambut bermula esok di England dan Perancis.

Berita tersebut diumumkan menerusi hantaran Facebook rasmi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London dan Kedutaan Besar Malaysia di Paris.

Kenyataan tersebut menyatakan tarikh 1 Syawal dan Aidilfitri ditetapkan pada 2 Mei 2022 (Isnin).

“1 Syawal 1443H dan Aidilfitri ditetapkan pada 2 Mei 2022, Isnin, selaras dengan pemakluman oleh London Central Mosque. Selamat Hari Raya.

“Sukacita dimaklumkan bahawa 1 Syawal 1443H/2022 telah ditetapkan pada 2 Mei 2022 (Isnin) selaras dengan pemakluman oleh The Muslim Theological Council of France,” tulis kenyataan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN