Cacar monyet boleh jadi endemik di Eropah

Cacar monyet boleh jadi endemik di Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pegawai kesihatan memberi amaran jangkitan cacar monyet boleh merebak ke haiwan peliharaan dan hidupan liar sekaligus menjadi endemik di Eropah.

Pakar di benua Eropah mengeluarkan amaran demikian ketika kes cacar monyet di United Kingdom (UK) meningkat hampir tiga kali ganda dalam tempoh tiga hari. 

Memetik laporan Daily Mail, sebanyak 37 kes lagi disahkan sebagai tambahan kepada 20 kes dikenal pasti, menjadikan jumlah keseluruhan 57.  

Sebanyak 67 kes cacar monyet disahkan di sembilan negara Eropah termasuk Sepanyol, Itali, Jerman, Sweden dan Perancis serta sekurang-kurangnya 42 kes disyaki.

Satu laporan penilaian risiko dikeluarkan oleh Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (ECDC) Eropah memaklumkan haiwan peliharaan seperti tikus harus diasingkan sebaik-baiknya dalam `kemudahan yang dipantau’ jika merupakan kontak rapat dengan individu dijangkiti cacar monyet.

Di Afrika yang mana jangkitan cacar monyet menjadi endemik, virus itu selalunya dikesan pada tikus termasuk tupai dan tikus belukar (dormice).

Menurut ECDC, tikus dan tupai boleh menjadi `hos sesuai’ ketika virus itu merebak daripada manusia kepada haiwan peliharaan dan hidupan liar, sekali gus menyaksikan cacar monyet berupaya menjadi endemik di Eropah.

“Ketika ini, maklumat adalah terhad mengenai kesesuaian spesies haiwan peri-domestik (mamalia) Eropah untuk menjadi hos virus cacar monyet.

“Bagaimanapun, tikus dan spesies keluarga Sciuridae (tupai) berkemungkinan menjadi hos sesuai, lebih daripada manusia dan penularan daripada manusia kepada haiwan peliharaan secara teorinya boleh berlaku.

“Situasi begini berpotensi membawa kepada penularan virus dalam hidupan liar Eropah dan jangkitan itu menjadi zoonosis endemik,” jelas ECDC.

Bagaimanapun, ECDC menjelaskan kebarangkalian situasi itu berlaku adalah sangat rendah.   

Sementara itu, Pengarah ECDC, Andrea Ammon berkata, kebanyakan kes jangkitan semasa hanya menunjukkan gejala ringan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya