Bangunan di New Delhi terbakar ragut 27 nyawa

Bangunan di New Delhi terbakar ragut 27 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seramai 27 maut dan puluhan yang lain cedera dalam kebakaran di sebuah bangunan komersial empat tingkat di New Delhi, tengah hari semalam.

Ketua Operasi Perkhidmatan Bomba Delhi, Satpal Bharadwaj berkata, ketika kejadian terdapat kira-kira 70 orang di dalam bangunan itu.

Katanya, bangunan tersebut tidak mempunyai pintu keluar sehingga menyebabkan ramai mangsa meninggal dunia akibat sesak nafas.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan bangunan itu digunakan sebagai pejabat dan stor bagi bahan pembungkusan kertas,” katanya.

Beberapa pegawai keselamatan menjangka angka korban akibat insiden itu meningkat.

Lebih 30 jentera bomba dan ambulans dilihat berada di kawasan kejadian.-NDTV

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya